Wednesday, October 23, 2013

Cahaya Mentari Marketing


Cahaya Mentari Marketing adalah sebuah syarikat milik 100% bumiputera yang diperbadankan pada 8hb Disember, 2009. Penubuhan syarikat ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Malaysia untuk melahirkan usahawan bumiputra dalam bidang Pemborongan. Cahaya Mentari Marketing pada dasarnya terlibat secara langsung dengan aktiviti pemborongan produk-produk Halal keluaran Bumiputra Islam Malaysia umumnya, dan memasarkan produk tersebut ke pasaran tempatan.

Cahaya Mentari Marketing berhasrat untuk menjadi peneraju kepada Pemborong & Pembekal produk Halal utama Malaysia dengan hasrat untuk membantu usahawan bumiputera umumnya memasarkan produk mereka kepada setiap penduduk Malaysia. Misi kami adalah untuk membekalkan produk Halal yang berkualiti tinggi serta menyediakan khidmat pelanggan yang terbaik.

Cahaya Mentari Marketing juga menjanjikan pemasaran yang luas serta khidmat pelanggan terbaik supaya setiap barangan yang dipasarkan dapat sampai tepat pada masanya kepada pengedar. Berbekalkan pengalaman dan kekuatan syarikat, kami yakin setiap pelanggan akan berpuas hati dengan khidmad yang ditawarkan beserta harga yang berpatutan kepada mereka yang berminat menjadi pengedar kepada produk-produk yang kami tawarkan.

Selain itu kami juga telah melebarkan sayap dengan menjual beberapa barangan keperluan anda selain makanan iaitu baju, barang digital dan lain.
Visi Syarikat

Syarikat beriltizam untuk memastikan setiap insan akan menikmati produk-produk halal keluaran usahawan tempatan, di samping membantu usahawan memasarkan produk mereka sekaligus merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi Negara.
Misi Syarikat

Menjadi salah satu Pemborong dan Pembekal utama produk bumiputera yang berkualiti dalam pasaran negara.

Kesedaran masyarakat mengenai kepentingan mengambil makanan dari sumber yang halal merupakan salah satu faktor mengapa bidang ini mempunyai pasaran yang luas bukan sahaja di dalam negara, malah menjangkau sehingga seluruh dunia. Usaha ini diharapkan akan dapat memacu perkembangan ekonomi negara serta mampu memberi peluang perniagaan kepada mereka yang berminat menceburi bidang perniagaan.

No comments:

Post a Comment